Friday, 9 December 2011

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

"Au zubillah  himinashsyaitan  nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"


Tafsirannya:
Aku  berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha
Pemurah  lagi Maha Mengasihani.


Bacalah ayat  ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan  keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
dan juga di  sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.Sebelum anda  masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah
surah  Al-Ikhlas(iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid
walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.)  sebanyak 3 kali. 

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca  bismillah. Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah  berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam
pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita
menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang  bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi
bagi mereka yang kerap  bersolat, amalan daripada salam yang diucap di
akhir solat akan menolongnya  menjawab salam malaikat itu. 

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad  sa.w : "Barang siapa
membaca  Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah
menebus dirinya dari  Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di
langit dan di bumi.  Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi
pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah,
Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari  neraka". Inilah yang dinamakan
membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000  kali dengan diwiridkan
seberapa ribu kesanggupan kita sehari.


Sabda Rasulullah S.A.W yang  bermaksud:

Barangsiapa  membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia  tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia
dari kesempitan kuburnya  dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka melintasi titian siratul  mustaqim lalu menuju ke syurga. 

(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). 
Rasulullah  SAW pernah  bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya 
Siapakah antara kamu yang dapat   khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? 
Tiada seorang dari  sahabatnya yang menjawab Malah Saiyidina Ummar telah 
mengatakan bahawa  ianya mustahil untuk mengatam Qur'an  dalam begitu cepat . 
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina  Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada  waktu itu)
tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca  surah
Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
tiga  kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. 
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa  Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya
(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka  saya telah melihat Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi  ke satu sendi ialah 300,000
tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padangsahara sebanyak
12,000 dan luasnya setiap satu padangsahara itu seluas  dari timur hingga
ke barat. Pada setiap padangsahara itu terdapat 80,000 malaikat yang  mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.


Setelah mereka selesai membaca surah  tersebut maka berkata mereka: Wahai
Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan  kami ini kami berikan kepada
orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya  lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: 
Demi Allah yang  jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap  malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di
sayap malaikat Mikail a.s,  Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis  pada sayap
malaikat Israfil a.s. 
Siapa membaca surah Fatihah,  Al-ikhlas,  Al- Falaq & An-annas setiap satu
sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara  dari perkara
keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya. Jika dibaca 3
surah ini al-ikhlas, al-falaq and  an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan. 

No comments:

Post a Comment